Selasa, 23 Disember 2014

Saya Insan Biasa

                 Andai Semua Itu Awak Tahu               


Khamis, 11 Disember 2014

HATIKU PENAT


Bagai sebuah cerita aku dan dia
bermula hanya dressup dia yang simple
dia membuatkan hari-hariku 
malam ku gelisah siangku bertaanya
jika kau tak bersama ku

Semalam awak kongsi masalah awak dengan saya
Semalam awak menghabiskan masa dengan saya
Semalam awak banyak ketawa dengan saya

aku memang tidak sesempurna dia yang pernah kamu cinta
tapi aku punya hati yang tulus buatmu

Hampir setahun sayang awak bersama saya
Mungkin memng sudah saatnya 
Aku harus melepaskanmu pergi
Tolong jgn cari saya lagi
Saya akan undur diri...
Tolong jgn merayu lagi saya taknak dgr semua tu

Walaupun berat
Walaupun sakit
Walaupun susah kau menerima

Harap awak mampu hidup tanpa saya disisi..tak pernah hilang tak akan pergi tetap dihatiku kekal dihatiku hanya kamu

Isnin, 25 Ogos 2014

kahwin semasa belajar


Kahwin Semasa Waktu Belajar
Isu kahwin semasa waktu belajar memang selalu menjadi suatu persoalan yang besar bermain difikiran anak-anak muda pada waktu sekarang.
Berikut adalah petikan dari buku Ya Allah, Aku Tak Ingin Sendiri (Ust. Burhan Sodiq) mengenai pandangan ulama-ulama yang memberi nasihat berkenaan isu ini.
Menunda perkahwinan menurut Syeikh Muhamad Bin Shalih Al-Utsaimin adalah sikap yang bertentangan dengan perintah Rasulullah SAW: 
Rasulullah SAW bersabda: Jika seorang lelaki yang engkau sukai agama dan akhlaknya melamar, maka nikahilah dia (dengan puterimu). Jika hal itu tidak kamu lakukan, maka akan ada fitnah di atas bumi dan kerosakan”
Rasulullah SAW juga bersabda, ” Wahai para pemuda, barang siapa di antara kalian yang memiliki kesanggupan, maka hendaklah dia berkahwin. Kerana sesungguhnya berkahwin lebih menjaga pandangan dan lebih memelihara kemaluan.”
Syeikh Muhamad Bin Shalih Al-Utsaimin menasihati wali wanita, dan wanita itu sendiri; janganlah menolak untuk berkahwin dengan alasan belajar atau mengajar. 
Namun adakalanya seorang wanita belajar menggapai ilmu yang tidak diperlukan oleh umat Islam. Dalam kaitannya dengan kes ini, diperlukan pertimbangan dan pemikiran yang saksama.
Menurut pendapat Syeikh Muhamad Bin Shalih Al-Utsaimin, jika dia telah mampu  membaca Al-Quran sekali gus tafsirannya, dan dia juga dapat membaca hadis dan sekaligus tafsirannya, maka hal ini sudah cukup.
Namun tidak mengapa jika dia mendalami ilmu yang sangat diperlukan umat , seperti ilmu kedoktoran dan ilmu semisalnya.
Tetapi dalam proses pembelajaran itu tidak boleh ada perkara-perkara yang diharamkan Allah seperti bergaul secara berlebih-lebihan dengan kaum lelaki dan perkara haram yang lain.
Menurut pandangan Syeikh Nasyirudin Al-Balihi pula, sebahagian remaja perempuan mengatakan sesuatu yang tidak patut untuk dikatakan. Mereka mengatakan, “Aku tidak akan berkahwin sehingga pelajaranku tamat“.
Menurut Syeikh Nasyirudin, tekad remaja perempuan ini bukanlah suatu masalah, jika pelajarannya akan selesai dalam waktu terdekat. 
Namun jika pelajarannya hanya akan selesai beberapa tahun kemudian, maka saya (Syeikh Nasyirudin) tidak bersetuju jika remaja perempuan itu menunda perkahwinan dengan alasan untuk menyelesaikan pelajaran, apatah lagi jika dia menghadapi mata pelajaran yang sukar dan tidak tidak sesuai dengan selera pilihannya.
Betapa ramai muslimah yang sudah berusia matang yang masih lagi belum bertemu jodohnya.
Seringkali sebuah nasihat daripada seorang ulama yang hanif, akan memberikan ketenangan hati.
Ibarat sebuah dakapan erat yang menenangkan jiwa bergelojak, ibarat tegukan air segar yang menghilangkan dahaga.
Semoga beberapa nasihat dari para ulama soleh yang sarat akan hikmah-hikmah besar ini dapat menjadi pelipur hati yang sedang menanti, dan jiwa merindu.
.# Ya Allah, Aku Tak Ingin Sendiri (Ust Burhan Sodiq)

Bila Hati Keliru


 Istikharah. Popular di alam para Muslim dan Muslimah kala bercinta. Perkara yang menggeletek jiwa saya pula adalah istikharah ini hanya sibuk diperkatakan untuk perkahwinan sahaja.Sedangkan istikharah ini sebenarnya bukan satu perkara khusus untuk mereka yang mahu berkahwin semata-mata. Bukan ‘alat pencari jodoh’. Bukan juga alat ‘penentu’ siapa yang menjadi pasangan kita.
Istikharah ini adalah apa yang terdidik oleh Rasulullah kepada kita dalam membuat apa-apa sahaja keputusan.
Namun, apabila sesetengah pihak mula mengganggap ia ‘alat pencari jodoh sebenar’ yang kononnya tepat 100 peratus, maka istikharah menjadi satu punca kekeliruan hati.
Istikharah bukan lagi membantu menenangkan jiwa dan men’thabat’kan (tetapkan) hati kita.
Mengapa saya nyatakan demikian?
Apabila Istikharah Menjadi Satu Fitnah
Dalam situasi pergerakan ke arah rumah tangga ini, istikharah juga mampu manjadi satu fitnah. Bagaimana?
Saya berikan beberapa situasi yang popular.
Contoh 1Fulan bin Fulan bertunang dengan Fulanah bin Fulan. Kemudian Fulan bin Fulan ini pergi beristikharah lagi selepas bertunang. Tiba-tiba dia ‘nampak’ wanita lain dalam mimpinya.
Terus dikatakan itu adalah ‘petunjuk istikharah’ dan kemudian dia mahu 

memutuskan pertunangan dengan Fulanah binti Fulan, kerana dirasakan Allah menunjukkan pertunangan itu satu kesilapan.
Contoh 2Fulan bin Fulan sedang mencari seseorang bagi dijadikan isteri. Akhirnya, dia beristikharah. Dia nampak Fulanah binti Fulan. Terus dia menyatakan hasratnya kepada Fulanah binti Fulan itu.
Namun, Fulanah binti Fulan menolak. Bagaimanapun, Fulan bin Fulan ini berkeras dan mengugut yang Allah memang sudah takdirkan mereka bersama, berdalilkan istikharahnya.
Ini membuatkan Fulanah bin Fulan serba salah menolak ‘wahyu Ilahi’ ini.
Contoh 3Fulanah binti Fulan beristikharah dan ‘nampak’ Fulan bin Fulan. Bagaimanapun, Fulan bin Fulan tidak pula dikenalinya. Tidak pula mampu dicapainya.
Pada masa yang sama, datang pula Fulan bin Fulan yang lain melamarnya. Fulanah bin Fulan ini tangguh dahulu menerima Fulan bin Fulan kedua, semata-mata kerana berasakan jodohnya dengan Fulan bin Fulan yang ‘dilihatnya’.
Walaupun dia sedar dia tidak mampu mencapai, mendekati, dan mendapatkan Fulan bin Fulan yang dilihat dalam istikharahnya itu.
Ya. Ini beberapa situasi. Serabu bukan?
Hati jadi semakin keliru, jiwa jadi serabut, dan kalbu rasa kontang.
Bukankah istikarah itu meyakinkan? Jadi mengapa boleh jadi begini.
Kita Lupa kepada Satu Perkara Lagi, Istisyarah
Istisyarah. Satu perkara yang manusia sering lupa. Istisyarah adalah seperti kita meminta pendapat orang lain.
Sebagai contoh, ibu bapa. Mengumpul maklumat dan pandangan pada situasi yang sedang kita hadapi. Dalam konteks kita sekarang, situasi mahu memilih pasangan.
Ramai yang meninggalkan perkara ini.
Ini adalah antara sebab mengapa istikharah menjadi perkara yang kemudian
 
menyerabutkan jiwa. Hal ini kerana akhirnya, kita menganggap istikharah itu memang ‘alat pencari jodoh’.
Sebenarnya dari mana kita yakin istikharah itu datang dalam bentuk mimpi dan tanda-tanda ajaib? Sebagai contoh kita dapat lihat wajah seseorang di langit.
Di celah-celah kepercayaan seperti ini, syaitan menyusup dan menyuntik was-was serta keraguan, dan kekeliruan.
Oleh sebab itu, mimpi hakikatnya tidak menjadi dalil. Petanda-petanda ‘ajaib’ itu, bukan dalil. Jawapan kepada orang yang beristikharah itu tidak semestinya adalah mimpi dan petanda-petanda yang muncul.
Kadangkala, kita yang sibuk memikirkan ini dan itu, maka ia keluar dalam bentuk mimpi. Walau apa pun yang kita nampak, kita sebenarnya ‘lihat’ apa yang kita mahu. Dari situ, kita keliru dan kemudian sibuk menyatakan “inilah dia petunjuk daripada Tuhan!”
Kita lupa bermesyuarat dulu dengan keluarga. Sepatutnya kita bentangkan pilihan-pilihan yang ada, dan bincangkan pro dan kontra setiap pilihan. Dari situ kita menilai dan menimbang.
Sekiranya sudah nampak yang mana pilihan terbaik, maka istikharah tidak diperlukan. Jikalau kita rasa tidak yakin, baru kita lakukan istikharah.
Apabila istikharah yang pertama tidak mendatangkan keyakinan, lakukan lagi untuk kali yang kedua dan ketiga. Kemudian tetapkan hati dan buat pilihan!
Rasulullah tidak melakukan istikharah dalam beberapa situasi penting. Hal ini kerana nabi sudah yakin pilihan itu tepat.
Contohnya dalam peperangan Badar apabila Rasulullah mahu memilih kawasan yang jauh daripada mata air. Para sahabat pula mencadangkan supaya dipilih tempat yang dekat dengan mata air.
Selepas mendengar penerangan betapa pentingnya membuat kem berdekatan dengan mata air, Rasulullah terus menerima cadangan sahabat itu relevan dan jauh lebih baik daripada cadangan yang pertama tadi.
Ketika peperangan Khandaq pula, apabila Salman Al-Farisi mencadangkan menggali parit, Rasulullah menerimanya tanpa beristikharah. Ini kerana cadangan itu memang adalah yang terbaik dalam pertimbangan.
Hadis berkenaan istikharah pun tidak menunjukkan kewajipan dalam melaksanakannya
Jabir bin Abdullah menyatakan;
Ada pun Rasulullah mengajarkan kami istikharah dalam melakukan sesuatu perkara sebagaimana nabi mengajarkan kami satu surah daripada al-Quran. Rasulullah menyatakan. “Apabila kamu merancang sesuatu perkara, maka dia melakukan solat sunat dua rakaat”.Hadis ini direkodkan daripada Bukhari
Hadis ini hadis umum. Tidak disebutkan hukum wajib melakukan istikharah. Ini terbukti, apabila Rasulullah sendiri, tidak pula melakukan istikharah dalam beberapa hal.
Kemudian, tidak pernah direkodkan apabila Rasulullah sudah membuat keputusan, nabi beristikharah lagi.
Justeru, orang yang sudah membuat keputusan, hingga sudah bertunang contohnya, maka mengapa beristikharah lagi? Hidup lahdengan keputusan yang sudah dilakukan. Berusaha dengan apa yang sudah berada dalam tangan.
Melainkan ketika pertunangan itu, berlaku perselisihan, ataupu sudah jelas kita dengan tunang tidak serasi, maka kita lakukan istikharah. Jangan lakukan istikharah bagi menjadi jodoh lain.
Bagaimanapun, perlu pula istikharah bagi menentukan ‘apakah putus tunang ini baik untuk aku dan dia?’. Begitu caranya
Semestinya istisyarah jangan ditinggalkan dalam situasi sedemikan. Berbincang dengan keluarga, minta pendapat orang-orang tua yang kita kenali, ustaz, dan ustazah yang kita rapat.
Melalui Rasulullah sendiri kita belajar. Bukan daripada orang lain.
Rasulullah manusia yang Allah paling kasih. Tidak pula nabi meninggalkan mesyuarat bersama manusia, mengambil pandangan mereka, dan mempertimbangkannya.
Di sini Rasulullah mendidik kita. Kita perlu lakukan perkara yang Allah ajarkan kepada kita. Dari situ, kita membuat keputusan, berdasarkan selagi keputusan itu tidak bercanggah dengan perintah-Nya.
Kita tidak meletakkan bulat-bulat yang bernama ‘takdir’ dan kepada mengangkat kepala ke langit, menanti ‘wahyu yang baru!’
Setelah membacanya, saya mensyorkan utk mendapatkan buku ini kerana ternyata banyak ilmu yang sangat bermanfaat. InsyaaAllah, buku ini amat berbaloi untuk dimiliki oleh semua.
*pesanan ini adalah secara ikhlas dari hati, saya tidak mendapat sebarang komisyen daripada ini.. =)

Only once in your life

“Only once in your life, I truly believe, you find someone who can completely turn your world around. You tell them things that you’ve never shared with another soul and they absorb everything you say and actually want to hear more. You share hopes for the future, dreams that will never come true, goals that were never achieved and the many disappointments life has thrown at you. When something wonderful happens, you can’t wait to tell them about it, knowing they will share in your excitement. They are not embarrassed to cry with you when you are hurting or laugh with you when you make a fool of yourself. Never do they hurt your feelings or make you feel like you are not good enough, but rather they build you up and show you the things about yourself that make you special and even beautiful. There is never any pressure, jealousy or competition but only a quiet calmness when they are around. You can be yourself and not worry about what they will think of you because they love you for who you are. The things that seem insignificant to most people such as a note, song or walk become invaluable treasures kept safe in your heart to cherish forever. Memories of your childhood come back and are so clear and vivid it’s like being young again. Colours seem brighter and more brilliant. Laughter seems part of daily life where before it was infrequent or didn’t exist at all. A phone call or two during the day helps to get you through a long day’s work and always brings a smile to your face. In their presence, there’s no need for continuous conversation, but you find you’re quite content in just having them nearby. Things that never interested you before become fascinating because you know they are important to this person who is so special to you. You think of this person on every occasion and in everything you do. Simple things bring them to mind like a pale blue sky, gentle wind or even a storm cloud on the horizon. You open your heart knowing that there’s a chance it may be broken one day and in opening your heart, you experience a love and joy that you never dreamed possible. You find that being vulnerable is the only way to allow your heart to feel true pleasure that’s so real it scares you. You find strength in knowing you have a true friend and possibly a soul mate who will remain loyal to the end. Life seems completely different, exciting and worthwhile. Your only hope and security is in knowing that they are a part of your life.”

Khamis, 21 Ogos 2014

Liku-Liku Kehidupan

Manfaat Berbaik Sangka

Ada banyak nilai dan manfaat yang diperolehi seseorang muslim bila dia memiliki sifat husnuzh zhan kepada orang lain.

Pertama, hubungan persahabatan dan persaudaraan menjadi lebih baik, perkara ini kerana berbaik sangka dalam hubungan sesama muslim akan menghindari terjadinya keretakan hubungan. Bahkan keharmonian hubungan akan semakin terasa kerana tidak ada halangan psikologis yang menghambat hubungan itu.

Kedua, terhindar dari penyesalan dalam hubungan dengan sesama kerana buruk sangka akan membuat seseorang menimpakan keburukan kepada orang lain tanpa bukti yang benar, Allah berfirman sebagaimana yang disebutkan pada Surah Al-Hujuraat Ayat 6 di atas.

Ketiga, selalu berbahagia atas segala kemajuan yang dicapai orang lain, meskipun kita sendiri belum dapat mencapainya, perkara ini memiliki erti yang sangat penting, kerana dengan demikian jiwa kita menjadi tenang dan terhindar dari iri hati yang boleh berkembang pada dosa-dosa baru sebagai kelanjutannya.

Ini bererti kebaikan dan kejujuran akan membawa kita pada kebaikan yang banyak dan dosa serta keburukan akan membawa kita pada dosa-dosa berikutnya yang lebih besar lagi dengan dampak negatif yang semakin banyak.

Ruginya Berburuk Sangka

Manakala jika kita melakukan atau memiliki sifat berburuk sangka, ada sejumlah kerugian yang akan kita perolehi, baik dalam kehidupan di dunia mahupun di akhirat.

Pertama, mendapat dosa. Berburuk sangka merupakan sesuatu yang jelas-jelas bernilai dosa, kerana disamping kita sudah menganggap orang lain tidak baik tanpa dasar yang jelas, berusaha menyelidiki atau mencari-cari keburukan orang lain, juga akan membuat kita melakukan dan mengungkapkan segala sesuatu yang buruk tentang orang lain yang kita berburuk sangka kepadanya, Allah berfirman yang ertinya:

"Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani." Q.S Al-Hujuraat : 12.

Kedua, dusta yang besar. Berburuk sangka akan membuat kita menjadi rugi, kerana apa yang kita kemukakan merupakan suatu dusta yang sebesar-besarnya, perkara ini disabdakan oleh Rasulullah:

"Jauhilah prasangka itu, sebab prasangka itu pembicaraan yang paling dusta" HR. Muttafaqun alaihi.

Ketiga, menimbulkan sifat buruk. Berburuk sangka kepada orang lain tidak hanya berakibat pada penilaian dosa dan dusta yang besar, tetapi juga akan mengakibatkan munculnya sifat-sifat buruk lainnya yang sangat berbahaya, baik dalam perkembangan peribadi mahupun hubungannya dengan orang lain, sifat-sifat itu antara lain ghibah, kebencian, hasad, menjauhi hubungan dengan orang lain dll. Dalam satu hadith, Rasulullah bersabda:

"Hendaklah kamu selalu benar. Sesungguhnya kebenaran membawa kepada kebajikan dan kebajikan membawa ke syurga. Selama seseorang benar dan selalu memilih kebenaran dia tercatat di sisi Allah seorang yang benar (jujur). Berhati-hatilah terhadap dusta, sesungguhnya dusta membawa kepada kejahatan dan kejahatan membawa kepada neraka. Selama seseorang dusta dan selalu memilih dusta dia tercatat di sisi Allah sebagai seorang pendusta." HR. Bukhari.

Larangan Berburuk Sangka

Kerana berburuk sangka merupakan sesuatu yang sangat tercela dan mengakibatkan kerugian, maka perbuatan ini sangat dilarang di dalam Islam sebagaimana yang sudah disebutkan pada Surah Al-Hujuraat Ayat 12 di atas. Untuk menjauhi perasaan berburuk sangka, maka masing-masing kita harus menyedari betapa hal ini sangat tidak baik dan tidak benar dalam hubungan persaudaraan, apalagi dengan sesama muslim dan aktivis dakwah.

Disamping itu, bila ada benih-benih di dalam hati perasaan berburuk sangka, maka perkara itu harus segera dicegah dan dijauhi kerana ia berasal dari godaan syaitan yang bermaksud buruk kepada kita. Dan yang lebih penting lagi adalah memperkukuh terus jalinan persaudaraan antara sesama muslim dan aktivis dakwah agar yang selalu kita kembangkan adalah berbaik sangka, bukan malah berburuk sangka. Oleh kerana itu, Khalifah Umar bin Khattab menyatakan:

"Janganlah kamu menyangka dengan satu kata pun yang keluar dari seorang saudaramu yang mukmin kecuali dengan kebaikan yang engkau dapatkan bahawa kata-kata itu mengandungi kebaikan."

Demikian perkara-perkara dasar yang harus mendapat perhatian kita dalam kaitan dengan sikap husnuzh zhan (berbaik sangka). Ya Allah, bukakanlah ke atas kami hikmatMu dan limpahilah ke atas kami khazanah rahmatMu, wahai Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Wahai Tuhanku, tambahkanlah ilmuku dan luaskanlah kefahamanku. Wahai Tuhanku, lapangkanlah dadaku dan mudahkanlah urusanku.

"Seandainya engkau menyampaikan keburukan saudaramu, jika itu benar, maka bererti kamu sudah membuka aib saudaramu, dan jika itu salah, maka engkau sudah melakukan fitnah"

Masalah Datang dan Pergi.


Kita adalah hamba ciptaan-Nya. Kita dilahirkan ke bumi bersebab. Walaupun kita hidup cuma sementara tapi kita ada misi dan visi yang harus dilaksanakan. Dalam kehidupan ini, setiap dari kita pasti ada masalah masing-masing yang tersendiri, tiada siapa yang sempurna, tiada siapa yang memperolehi segala apa yang mereka inginkan. Tiada siapa yang sentiasa berjaya dan bahagia. Hidup ini ada kitaran, sekejap kita di atas dan sekejap kita di bawah.


Tiada yang sempurna melainkan Dia. Kita manusia pasti ada kekurangan. Ada yang kaya harta namun miskin kasih sayang, ada yang melimpah-limpah kasih sayang tapi mungkin cacat fizikal atau mental.


Ada yang bijak pandai tapi selalu dibuli dan dianiaya. Ada yang cantik dan lawa tapi selalu dipermainkan. Ada yang selalu berjaya dan cemerlang tapi bila bersendirian jiwa terasa kosong dan merintih hiba. Kebahagiaan yang diidamkan tetap tidak mahu kunjung tiba.


Pendek kata, semua orang pasti ada masalah dan kesukaran yang tersendiri, cuma terserah kepada kita bagaimana menerima dan mengadaptasi masalah tersebut dalam kehidupan seharian kita. Bagaimana kita menerima dan menyelesaikan masalah tersebut dan bagaimana pula sikap dan attitude kita ketika berhadapan dengan sesuatu masalah.


Selebihnya, kita perlukan sifat-sifat yang positif dalam meneruskan kehidupan yang tidak pernah lekang daripada masalah seperti bersyukur dengan apa yang ada, pasrah dan redha dengan ketentuan Ilahi, sentiasa bersangka baik dan optimis, tidak mudah mengalah dan tidak mudah berputus asa. Kita juga seharusnya ada semangat juang yang tinggi.Kita tidak seharusnya membebankan akal dan jiwa kita dengan masalah-masalah yang tidak pernah padam. Jangan terlalu memandang remeh dan mengabaikan masalah, sebaik-baiknya adalah berpada-pada dalam setiap apa jua yang kita lakukan.

Be cool and relax. Tenang dan sabar dalam menempuhi dugaan. Sesungguhnya sabar itu separuh daripada iman.


Masalah yang kecil jika dikumpul lama kelamaan akan menjadi besar. Sikit-sikit lama-lama jadi busut, kemudian jadi bukit dan akhirnya menjadi gunung. Cuba selesaikan dengan baik satu persatu dan hadapi hidup yang terbentang di hadapan mata dengan positif. Busut lebih mudah ditarah, bila dah menjadi bukit, dah tak boleh pakai cangkul lagi dah, paling tidak kena pakai jentolak. Begitulah perumpamaan masalah kita. 

Elakkan seboleh mungkin untuk mengumpul masalah. Jangan sampai jiwa dan mental kita tidak lagi mampu menahan bebanan. Impaknya akan lebih merbahaya, sehingga ada yang sanggup membunuh diri dan ada yang menjadi gila, naauzubillah.


Jangan lari dari masalah. Lari dari masalah bukanlah suatu penyelesaian yang terbaik kerana kelak, ia tetap akan pasti membayangi kehidupan kita. Leraikan simpulan dengan cermat. Selesaikan masalah dengan baik. Berfikir sebelum bertindak dan jika boleh, kaji setiap baik buruk apa yang terjadi. Apa kesan dan apa punca harus di ambil tahu, supaya kelak, jika masalah sama berulang, kita tahu bagaimana menyelesaikan, atau setidak-tidaknya kita tidak mengulangi kesilapan yang serupa, learn from mistake.


Forgive and forget juga sedikit sebanyak dapat membantu kite menyelesaikan masalah, setidak-tidaknya mengurangkan bebanan perasaan yang menghimpit jiwa. Maafkan kesalahan orang lain dan jauhi dendam dan persengketaan, ia tidak akan ke mana-mana malah merosakkan diri sendiri. Merugikan diri sendiri. Bila kita memaafkan, kita akan berasa lebih tenang dan tenteram.


Sedangkan Allah Sang Pencipta Maha Pengampun, siapalah kita ini untuk tidak mengampunkan kesalahan sahabat kita. Allah yang mencipta, Allah yang memberi rezeki, Allah yang paling berhak, tapi pintu taubat-Nya sentiasa terbuka untuk hamba-Nya, jadi, siapalah kita untuk tidak memaafkan? Tidakkah kita malu kepada Dia jika kita enggan memaafkan? Siapa kita? Sama-samalah kita muhasabah diri.


Saya bersyukur kerana punyai ibu yang pemaaf, dan sentiasa positif. Alhamdulillah, dari dia, saya pelajari, setiap apa yang terjadi, itu adalah ketentuan dari Ilahi, bak kata ibu saya..

"Doh bendo nok jadi..nak buat guano.."


Sejak kecil saya seorang yang sangat cuai, pinggan mangkuk segala kaca sayalah juara pemecah. Barang-barang peralatan juga sering rosak angkara perbuatan saya. Bak kata orang tua-tua, "tangan saya panas." Maksudnya lebih kurang, 'tangan perosak'. Barang yang saya guna atau pegang, selalunya rosak. Haih..


Pernah di zaman kanak-kanak, saya pecahkan hampir sedozen pinggan sekaligus, belum sempat ibu berkata apa, saya menangis. Saya tahu ibu takkan memarahi saya, saya menangis bukan kerana takut dimarahi, tapi menangis kerana rasa bersalah yang teramat sangat. Ibu saya datang kepada saya, mengutip kaca-kaca dengan sabar. Sungguh, dia tidak marahkan saya, sebaliknya memujuk saya..

"Benda dah nak jadi, nak buat camne lagi, dah Tuhan kata gini, gini la yang jadi, kalau Tuhan dah takdirkan pinggan ini pecah, walau camne pun, ia tetap akan pecah. "
(Lebih kurang maknanya di alih suara dari loghat Kelantan ^_^)



Dan kata-kata ibu itu sehingga kini masih terngiang-ngiang di telinga saya, mengajar saya menjadi seorang yang tabah dan positif dalam mengharungi kehidupan ini. Yakin dan percaya, setiap apa yang berlaku semuanya dengan keizinan Allah dan setiap apa yang berlaku, semuanya sudah di tulis dan di catat, kita hanya 'pelakon' di pentas kehidupan. Menyesali apa yang berlaku bukanlah suatu tindakan yang bijak. Malah merugikan. Apa yang sepatutnya kita lakukan adalah bangkit dari setiap kekalahan dan kejatuhan, kemudian melompat lebih tinggi agar tidak jatuh di tempat yang sama berulang kali.


Berlapang dada dan berbaik sangka. Jangan kusutkan fikiran dengan masalah-masalah yang remeh. Hidup ini bukan untuk disia-siakan dengan menangisi perkara remeh, hidup ini bukan untuk menyesali perkara yang sudah lepas. Hidup ini cuma sementara, persinggahan mengumpul bekalan menuju kehidupan yang abadi di hari kebangkitan, jangan sia-siakan peluang yang hadir cuma sekali cuma. Benda yang paling jauh dari kita adalah masa lampau, semakin kita mengejarnya, semakin ia menjauhi, kita tak mungkin dapat kembali ke masa silam, jadi, biarkanlah apa yang berlaku terus berlalu kerana yang berlalu tidak akan berlaku lagi... 

Pasrah dan redhalah dengan ketentuan Ilahi.


Masalah akan sentiasa datang dan pergi. Biarlah ia terus begitu. Itu lumrah kehidupan. Sekian, kurang atau lebih mohon dimaafkan.


Wassalam.